Warranty Card

Kad Waranti No. Pendaftaran / 注册号码: 551465-H

* Click here for download warranty card

Tahniah dan terima kasih kepada anda di atas pembelian NIKKATA. Kami percaya anda akan terus berpuas hati dengan pembelian ini kerana ketinggian estetik dan kualiti unggul produk kami.

Waranti NIKKATA anda ini akan menjelaskan secara terperinci bagaimana NIKKATA menyokong produk keluarannya dengan jaminan perlindungan yang ada. Adalah mustahak untuk anda membaca dan memahami terma & syarat jaminan yang tertulis di kad waranti ini. Tenangkan minda dengan waranti yang ditawarkan oleh NIKKATA yang mana ditunjangi oleh teknologi penyelidikan dan pembangunan Japan terkini.

Tertakluk pada terma dan syarat

*Jaminan 10 tahun terhadap penembusan lubang akibat Kakisan.
 *Jaminan 5 tahun terhadap warna pudar.

1. NIKKATA mewarankan pemilik asal* bahawa NIKKATA jika di pasang dan diselenggara dengan betul, akan mencapai tahap minimum jangkaan prestasi sekurang-kurangnva selama tempoh waranti (bermula daripada tarikh pemasangan). Waranti terhad ini tidak boleh ditukar milik.

2. Waranti hanya merangkumi pelapisan (cladding) dan labong (flashing) yang diperbuat daripada NIKKATA yang berkualiti tinggi. Tidak menjamin palung air hujan, paip meliputi pengakran, sangga. pintu dan aksesori lain.

3. Waranti ini sah untuk produk-produk berikut:
a. NIKKATA Ketebalan 0.23mm (BMT) 0.28mm (TCT)
b. NIKKATA Ketebalan 0.25mm (BMT) 0.30mm (TCT)
c. NIKKATA Ketebalan 0.30mm (BMT) 0.35mm (TCT)
d. NIKKATA Ketebalan 0.35mm (BMT) 0.40mm (TCT)
e. NIKKATA Ketebalan 0.40mm (BMT) 0.45mm (TCT)
f. NIKKATA Ketebalan 0.42mm (BMT) 0.47mm (TCT)

4. Pendaftaran kad waranti mestilah lengkap dan dikirimkan ke NIKKATA Metal Roofing Industries Sdn Bhd dalam masa satu (1 bulan daripada tarikh pembelian berserta dengan cop asli wakil jualan. Selain daripada itu, bukti pembelian di dalam bentuk resit mestilah disertakan bersama kad waranti. Jika tidak, waranti ini akan menjadi tidak sah (tiada bukti tiada perlindungan)

5. Tuntutan mestilah dibuat secara bertulis di dalam masa tiga puluh (30) hari selepas perkara tuntutan diketahui, dan perlu disertakan dengan gambar kepincangan produk untuk membolehkan NIKKATA untuk melakukan penyiasatan awal tuntutan sebelum memulakan siasatan di lokasi. Mana-mana tuntutan kepincangan yang mana notisnya tidak di terima NIKKATA di dalam tempoh waranti tidak akan dilindungi oleh waranti ini.

6. Di bawah waranti terhad 10 tahun NIKKATA ke atas penembusan akibat kakisan, jika NIKKATA steel (dipasang dan diselenggara mengikut garis panduan yang spesifik, terma & syarat) gagal berfungsi seperti yang diwaranti akibat kepincangan material. NIKKATA steel akan membaiki atau membekal semula, atau memberi pampasan dengan Gantian 1 kepada 1 (material sahaja).

7. Waranti terhad 10 tahun terhadap penembusan akibat kakisan adalah tidak termasuk kos buruh bagi pembuangan atau pelupusan material yang rosak atau untuk penggantian material NIKKATA. Tiada tanggungan akan diterima untuk mana-mana kerugian atau kerosakan yang berpunca daripada kegagalan ini.

8. Untuk pengenalpastian dan keaslian produk, pemilik rumah/ kontraktor dinasihatkan untuk memeriksa dan memastikan NIKKATA dicetak di belakang kepingan sebelum pemasangan seperti jenama berkenaan (sebagai contoh) NIKKATA.

9. Pelapisan (cladding) mestilah dikendalikan dan dipasang mengikut garis panduan NIKKATA terkini yang dikeluarkan ketika pema-sangan, dengan memberi perhatian kepada isu-isu di bawah:-
a. Pastikan kepingan sentiasa kering setiap masa semasa ditimbun untuk pemasangan.
b. Kepingan yang basah perlulah diasingkan dan dikeringkan bagi mengurangkan risiko kecepatan kakisan akibat "timbunan yang basah".
c. Jangan memotong kepingan dengan mesin gergaji bulat atau pengisar. kerana suhu sisa logam yang tinggi akan merosakkan salutan produk. Ketika pembinaan, buangkan semua sisa besi dan serpihan lain setiap hari bagi mengurangkan risiko kakisan setempat.

10. Kegagalan produk akibat daripada kakisan bermakna apabila kepingan telah berlubang. Pengaratan permukaan atau kakisan yang sedikit di lengkungan tegang atau hujung keratan akibat cuaca semula jadi tidak akan dikira sebagai kegagalan produk.

11. RUSPERT salutan 500-1000 jam untuk semua skru AS3566 standard kelas 3.

12. Kesemua pemasangan, pelapisan (cladding) atap serta komponen yang berkaitan mestilah dibuat dengan logam yang sepadan (NIKKATA steel, zink atau aluminium) atau disalut atau disadur mengikut garis panduan terkini yang dikeluarkan oleh NIKKATA Steel. Untuk mengekalkan rupa permukaan supaya lebih tahan lama, pelapis atap perlu dibuat daripada bahan yang sama seperti pelapisan (cladding).

13. Cat luar yang disediakan tidak boleh tercalar, terhakis. rosak. atau disalut dengan bahan asing atau material tidak sepadan (termasuk timbunan dan deposit serombong). Waranti ini akan terbatal jika terdapat aktiviti pengecatan semula ke atas NIKKATA steel.

14. Jika NIKKATA tidak dapat membaiki atau mengganti, seperti yang ternyata di atas kepincangan produk yang dilindungi waranti ini. NIKKATA akan dalam tempoh yang munasabah setelah dimaklumkan kepincangan berkenaan, akan mengembalikan semula wang pembelian material NIKKATA sahaja. NIKKATA tidak bertanggungjawab di atas penukaran material berlainan warna berbanding produk original akibat daripada cuaca.

15. Kegagalan keseluruhan atau sebahagian produk akibat daripada sebab di bawah tidak akan dilindungi oleh waranti ini:-
(A) Mekanikal, kimia atau kerosakan lain, ketika atau selepas pemasangan.
(B) Serangan daripada agen kimia, asap, cecair atau pepejal selain daripada jatuhan terus hujan.
(C) Kawasan yang tidak terkena air hujan dan tidak dicuci secara kerap.
(D) Bahagian yang terkena tanah, debu, baja atau bahan-bahan yang memerangkap kelembapan.
(E) Bahagian yang terkena dengan material metalik yang tidak sepadan (seperti plumbum, tembaga, karbon/grafit, atau besi tahan karat) atau aliran air daripada material yang tidak sepadan ini.
(F) Kegagalan untuk membuang sampah dan/atau kegagalan untuk mencuci perparitan air termasuk pemeluwapan dalaman semua permukaan produk.
(G) Kemerosotan panel disebabkan oleh sentuhan dengan basah-an, daunan atau kayu yang dirawat.
(H) Persekitaran lautan dan industri atau yang menghakis kecuali ianya telah dipersetujui terlebih dahulu.
(I) Bencana semula jadi.
(J) Persiapan & penyelenggaraan yang tidak baik dilokasi.
(K)Kegagalan untuk mengikut prosedur pembinaan dan pemasangan mengikut garis panduan NIKKATA.

16. Waranti 10 tahun NIKKATA steel adalah satu kepastian kepada anda untuk kualiti yang tahan lama. Untuk maklumat selanjut, sila hubungi pihak NIKKATA di bawah:-

利嘉达金属瓦工业有限公司 (551465-H)
NIKKATA METAL ROOFING INDUSTRIES SDN BHD
成功凉蓬钢瓦贸易 (JMO274635-V)
 SENG KONG AWNING TRADING
No. 3, MYP 129/1, Batu 31/2, Simpang Jeram, Jalan Bakri, 84000 Muar, Johor.
Tel: 06-986 8886 (Hunting Line), 06-986 8669, 06-986 0886, 06-986 8769
Fax: 06-986 6669, 06-986 8186
Email: nikkata88@yahoo.com.my / sengkong88@yahoo.com.my
Website: www.nikkata.com.my / www.sengkong.myinfo.my / www.sengkong.muar.my



Switch to Mobile Version